3Lyon Scam - Why is SC & SSM complicit in protecting these criminals!

Even poor non-HNWI or non accredited people are lured/tricked to invest into 3Lyon Ponzi Scam with amounts far below RM250k!

Jul 10, 2026 - 20:58
3Lyon Scam - Why is SC & SSM complicit in protecting these criminals!

Letter from readers: One of the unfortunate victims. The image is AI generated for illustration and is not reflective of real person. The content of this letter belongs to the sender, who wish to remain anonymous. But if anyone can genuinely assist him, please do reach out
Admin
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya melabur dalam skim 3Lyon Berhad. Saya bukan orang kaya dan tak mahir dalam hal pelaburan. Income saya naik turun je, ikut berapa sewa lori untuk syarikat transpot. Isteri saya masih jual nasi lemak kat gerai dia dekat pasar Klang, dan mak mertua saya tolong dia jual sayur fresh dari kebun kami bawah kabel TNB.

Kami bukan orang kaya. Tapi kami hidup berjimat cermat je. Masa sebelum kene scam dengan 3Lyon, saya ada lebih kurang RM 230,000 tunai yang isteri dan saya simpan sikit-sikit dari 2009 sampai 2020.

Masa tu kami jumpa kenalan bekas kerani bank yang jadi sales ajen untuk 3Lyon unit trust. Dia juga kenal family saya, dan dia kata dia kerja untuk salah satu director Dato’ Wira Ranjeet dalam 3Lyon agaknya. Dulu isteri saya kerja admin kilang dengan gaji ok, tapi masa covid dia kena buang kerja. Saya selalu kerja driver lori je. Faedah FD kat bank dari duit kami cuma RM 300 sampai RM 400 sebulan. Tak cukup nak makan untuk family kami yang 8 orang.

Pada 2020 ajen tersebut bawa kami jumpa orang dari 3Lyon. Mereka cakap boleh bagi 15% income setahun atas pelaburan saya, dijamin oleh bank dan insuran. Juga dijamin oleh Security Bursa commission dan SSM commission. Saya dengan Isteri saya kira kalau labur RM 230,000 boleh dapat 15%, hampir RM 3,000 sebulan. Ini boleh cukup untuk perbelanjaan bulanan kami kalau tak ada income dari lori atau bisnes gerai nasi lemak isteri saya.

Sebab takut covid berterusan dan kami mungkin susah survive tanpa income, kami decide untuk invest dalam 3Lyon ikut nasihat dan desakan ajen Dato’ Wira Ranjeet tu. Bersama ajen tu, saya jumpa Dato’ Mani juga. Dia MD untuk golf club besar di Gombak. Saya juga jumpa Datin Mina Silvaraja yang saya rasa salah satu boss dalam 3Lyon atau mungkin isteri atau family dia kut.

Office mereka besar dan cantik sangat di Amcorp Mall. Mereka layan saya macam orang penting dan saya memang suka la dilayan begitu oleh mereka. Orang bank selalu pandang rendah dekat saya. Tapi mereka ni baik sangat. Bahkan big boss Dato’ Ranjeet pun rendah diri, cakap dengan saya dengan sopan. Tapi kemudian saya tahu semua ini wayang kulit je.

Pertama saya invest RM 100,000 dalam 3Lyon Maybank Islamic 5647-1752-7206 dan lepas terima dividen pertama, saya macam confident je dan invest lagi RM 130,000 kedalam akaun 3Lyon RHB Islamic 2642-7200009-638. Mereka sain agreement dengan saya tapi saya bukan lawyer. Mereka kata agreement standard, lawyer dah check. Mereka tunjuk insuran guarantee dan satu surat ke Security Commission di Bank Negara yang ada chop ok. Saya tidak diberi salinan agreement itu tapi hanya satu surat yang saya sertakan dengan email ini untuk perhatian maper.

Ajen explain semua ok. Kalau ada masalah datang ke Amcorp Mall. Office tu bukan premis sewa, tapi milik isteri big boss Dato’ Ranjeet.

Saya terima dividen semua ok hingga 2023. Lepas tu tiba-tiba semua berhenti. Telefon ajen, beberapa bulan ade la jawab tapi kemudian block nombor saya. Saya pergi Amcorp Mall pun setiap kali boss tak ada. Mereka tak nak bagi nombor Dato’ atau Datin. Saya penat cakap dengan kerani je.

Saya tak tahu apa nak buat lepas tu. Ade sekali je saya terserempak jumpa Dato’ dan itu pun beberapa minit je. Dia tak polite dan friendly macam masa pertama jumpa dulu. Kali ni sangat eksyen, sombong dan marah masa cakap. Saya demand duit saya dan dia suruh tunggu 3 bulan. Saya melenting marah dan cakap yang saya repot polis yang 3Lyon tipu saya. Dia ugut saya balik. Katanya jangan buat repot sebab dia akan complain ke office LHDN yang saya tak bayar income tax untuk pelaburan saya. Katanya director 3Lyon adalah bekas bos Income Tax. Saya memang la tak pernah bayar income tax bertahun-tahun sebab kami tak dapat duit banyak setiap masa.

Lepas tu hingga sekarang saya takut pergi repot polis sebab Dato’ dah warning LHDN akan datang cari saya. Saya tak nak masalah. Saya juga takut pergi ke balai polis sebab lori saya ada banyak saman trafik yang tak bayar. Saya tak tahu apa nak buat. RM 230,000 ni adalah semua duit isteri dan saya kerja lebih 10 tahun, simpan sikit-sikit. Sebab takut covid dan terpengaruh dengan orang dalam 3Lyon janji 15% la, 20% la, kami pun percaya mereka.

Dato’ dan Datin kat sana semua drive BMW dan Mercedes besar-besar. Office macam 5 star hotel. Ajen 3Lyon pun drive kereta besar. Pakai baju pun mahal-mahal. Saya pergi sekolah sampai SRP je. Saya tak pandai pasal hal pelaburan atau benda income tax. Sekarang semua duit family kami sangkut dalam 3Lyon. Minggu lepas saya dengar 3Lyon dah bankrupt. Saya pergi office 3Lyon di Amcorp Mall pun tak ada orang.

Lepas tu saya mengelabah telefon banyak orang, semua tak tahu apa jadi atau apa yang saya boleh buat. Kemudian saya secara kebetulan terjumpa seorang lelaki di masjid Bangsar. Dia kata dia juga kena tipu tapi bukan kena oleh 3Lyon. Dia kena oleh satu company yang dia panggil Kubur Venture tapi dia tak cakap berapa banyak. Dia kata berkali-kali lebih dari apa yang saya rugi. Berjuta kut. Dia tunjuk internet kat phone saya ade website www.maper.uk untuk tengok semua cerita.

Habis pecah tembelang semua cerita dah keluar. Ajen ni dah lari. Semua Dato’ Dato’ Datin Datin Tan Sri Tan Sri dah hilang. Lepas tu dia tolong saya check kalau nama saya dalam senarai investor di SSM list Bank Negara commission. Saya terkejut ada banyak nama di situ. Tapi nama saya tak ada. 

Nama dia pun tak dalam 3Lyon list tapi dia tunjuk nama dia dalam list Kubur Venture. Nama saya tak dalam mana-mana list. Dia kata macam ni saya tak ada chan nak dapat satu sen pun. Semua ni dia kata ponzi scam. Tapi dia harap dia masih boleh dapat sebab Kubur Venture belum bungkus lagi katanya. Dia dah repot polis dan SSM di Bank Negara commission.

Saya tak tahu apa nak buat. Saya decide nak tulis email cerita ni kepada maper uk macam mangsa lain. Mungkin ade orang boleh tolong saya. Mohon admin tolong jangan bagi email atau phone atau nama saya kepada 3Lyon sebab saya takut mereka guna orang LHDN atau polis untuk kene kan saya pulak. Saya tak boleh pergi balai polis sebab lori saya ada banyak saman yang tak bayar.

Kalau Dato’ Dato’ dan Datin dan ajen ni tipu orang kaya macam lelaki kat Bangsar tu, mungkin mereka masih boleh hidup selesa ok. Tapi dia orang ni ambil duit dari orang miskin macam saya. Saya sumpah mereka dan family mereka pergi neraka jahanam. Babi sial punya orang.

media RSS Media Unit