Pendedahan Penipuan – Kehilangan RM23 Juta Wang Negeri Kedah Kepada Skim Ponzi Datuk Wira Ranjeet Singh Sidhu
YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan,
Dengan penuh rasa tanggungjawab, saya ingin memaklumkan mengenai isu besar yang melibatkan kehilangan lebih RM23 juta wang Kerajaan Negeri Kedah akibat pelaburan dalam skim Ponzi yang dikendalikan oleh Datuk Wira Ranjeet Singh Sidhu.
BUKTI PELABURAN NEGERI KEDAH
Berdasarkan laporan media (8 Oktober 2025, mengenai MaPer) serta dokumen rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang saya sertakan, Negeri Kedah telah melabur melalui entiti berikut:
- Kuber Venture Berhad
- RM2 juta melalui Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah (LPPN Kedah)
- 3Lyon Holdings Berhad
- RM1 juta melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
- RM20 juta melalui Kedah State Secretary Incorporated (SSI)
Kedua-dua syarikat ini merupakan syarikat yang tiada operasi benar dan sebaliknya adalah syarikat "layering" yang digunakan untuk membuat pengubahan wang haram.
JUMLAH KESELURUHAN KERUGIAN: LEBIH RM23 JUTA !!!
Selain itu, laporan mangsa lain menunjukkan kerugian keseluruhan pelabur seluruh negara kepada syarikat Kuber dan 3Lyon sejak 2018 mencecah lebih RM360 juta.
INDIVIDU TERLIBAT BERSAMA RANJEET
Datuk Wira Ranjeet Singh Sidhu tidak bergerak bersendirian. Beliau dibantu oleh beberapa individu berprofil tinggi yang memainkan peranan khusus dalam melindungi dan melanjutkan operasi skim penipuan ini:
- Dato’ Sri Mohammad Saraei Faridoun
- Datuk Manibalan Kutty
- Dato’ Che Pee Samsudin
- Tan Sri Syed Yusof Bin Tun Syed Nasir
- Meena S Silverajah
- Tan Sri Rashpal Singh Randhay
- Tan Sri Rashpal dipercayai menggunakan pengaruhnya terhadap SPRM, Pejabat Peguam Negara, SSM, SC, PDRM dan LHDN untuk menghalang siasatan.
- Tan Sri Syed Yusof pula menggunakan hubungan dengan Perdana Menteri untuk menyekat tindakan terhadap syarikat yang dikuasai. Kebiasaannya beliau mendapat pegangan 30% saham percuma, manakala mangsa (termasuk Negeri Kedah) terpaksa membayar penuh modal pelaburan.
REKOD PENIPUAN RANJEET SEJAK TAHUN 2000
Carian lanjut di laman www.maper.uk menunjukkan Datuk Wira Ranjeet telah terlibat dalam siri syarikat yang digunakan untuk menipu sejak lebih 20 tahun lalu, antaranya:
- Tri Capital Ventures Sdn Bhd
- Peninsular Asia Capital Sdn Bhd
- G & P Solutions Sdn Bhd
- G & P Resources Sdn Bhd
- Koperasi Usahawan Putrajaya Berhad
- Vasseti Berhad
- Vascory Berhad
- Vascory Limited
- 3Lyon Holdings Berhad
- 3Lyon Capital Limited
- Kuber Venture Berhad
- Echos Holding AG
- Templer Park Golf Club
Jumlah mangsa semenjak tahun 2000 dianggarkan lebih daripada 420 orang, dengan kerugian melebihi RM1 bilion.
MODUS OPERANDI
- Wang pelaburan diagihkan kepada rakan konspirasi.
- Baki dana dipindahkan keluar negara melalui hawala (pengiriman melalui pengurup wang).
- Sebahagian dimasukkan ke akaun syarikat dan akaun peribadi isteri serta anak-anak Ranjeet di Australia, UK, Caribbean, termasuk 3 akaun bank di Pulau Palau (berdasarkan maklumat bekas kakitangan beliau, Pushpan).
Selain dari itu, untuk menguburi penipuan ini secara muktamad, Ranjeet telah memulakan tindakan untuk menggulungkan syarikat-syarikat Ponzi-nya supaya tidak perlu membayar balik sebarang wang yang ditipu dari pelabur-pelabur termasuk kerajaan negeri dan ajensi-ajensi nya. Semua wang pelaburan dalam syarikat-syarikat Ponzi milik Ranjeet telahpun di songlap atau digelapkan oleh Ranjeet dan kuncu-kuncunya. Tindakan segera perlu di ambil demi untuk mengesan dana ("tracing of funds") untuk menentukan di mana dana pelabur-pelabur di salurkan supaya akaun-akaun tersebut boleh dibekukan dan individu-individu atau Syarikat-syarikat keldainya ("mule") boleh di bawa ke muka pengadilan. Menurut Maper sebahagian besar wang yang di tipu disimpan dalam akaun-akaun luar negara milik keluarga Ranjeet samada secara peribadi mahupun melalui syarikat-syarikat offshore yang dikawal oleh Ranjeet.
Tambahan pula, Ranjeet sendiri sedang menghadapi prosiding kebangkrapan yang akan di muktamadkan oleh mahkamah pada bulan Januari 2026. Tetapi perkara ini tidak membawa kesan langsung kepada Ranjeet kerana dia telah memindahkan dana ke akaun-akaun lain dan dia sendiri mempunyai beberapa pasport luar negara yang boleh dia gunakan dan hidup kaya berdasarkan wang yang dicuri.
PERSOALAN PENTING
- Mengapa Kerajaan Negeri Kedah masih berdiam diri dan tidak membuat laporan polis atau laporan kepada SPRM?
- Adakah pentadbiran negeri sedar bahawa kegagalan melaporkan kesalahan jenayah boleh dianggap sebagai bersubahat?
Mengikut undang-undang Malaysia, kegagalan melaporkan kesalahan seperti ini adalah satu jenayah:
- Kanun Keseksaan (Akta 574)
- Seksyen 202 – Gagal memberi maklumat mengenai kesalahan yang diketahui.
- Seksyen 107 / 109 – Bersubahat melalui pengabaian.
- Akta SPRM 2009 (Akta 694)
-
Seksyen 25(1) – Mana-mana individu wajib melaporkan kesalahan berkaitan rasuah. Hukuman: denda RM100,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya.
- Akta Tatacara Kewangan 1957
-
Pegawai awam yang gagal melaporkan salah guna wang awam melakukan pelanggaran undang-undang kewangan.
- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993
- Kegagalan melindungi kepentingan kerajaan adalah salah laku tatatertib yang boleh membawa kepada tindakan termasuk buang kerja.
Demi kepentingan rakyat Kedah, khususnya penanam padi yang menjadi tulang belakang negeri, saya mendesak supaya:
- Laporan rasmi kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM dibuat segera mengenai penipuan RM23 juta ini.
- Sidang media segera diadakan untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa Kerajaan Negeri Kedah adalah mangsa, bukan pelaku, dan sedang mengambil tindakan untuk menuntut kembali dana tersebut.
Saya percaya dengan tindakan tegas dan segera, pihak berkuasa akan dapat mengambil langkah untuk memulihkan sebahagian dana, serta menghalang penipu ini daripada terus merosakkan ekonomi rakyat.
Sekian, terima kasih.
Yang benar
AMJ