‘Datuk’ kelentong jual nama VVIP
PETALING JAYA – Seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ didakwa menipu ratusan pelabur dengan janji manis apabila menjual nama rakan kongsinya yang bergelar ‘Tan Sri’ melalui 18 syarikat pelaburan.
Tidak hanya menyasarkan rakyat biasa, malah syarikat swasta, kerajaan, golongan profesional seperti doktor serta pelabur antarabangsa turut dijadikan mangsa yang sehingga kini jumlah kerugian dianggarkan hampir RM 1 billion.