'Datuk Wira' didakwa perdaya ratusan mangsa, kaut hampir RM1 bilion
Seorang ahli perniagaan menggunakan gelaran ‘Datuk Wira’ didakwa telah memperdaya ratusan mangsa dan mengaut hampir RM1 bilion dengan menawarkan pelaburan tidak wujud kepada warga tempatan dan pelabur asing.
Jurucakap sebuah sekretariat yang ditubuhkan sekumpulan mangsa penipuan itu, Shah Abdul Malek mendakwa mangsa terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pegawai kerajaan, doktor dan orang awam terpedaya dengan janji manis ahli perniagaan yang mula menggunakan kedudukan dan pengaruhnya bagi tujuan penipuan itu sejak 16 tahun lepas.