‘Datuk Wira’ didakwa tipu mangsa pelaburan hampir RM1b

Nov 7, 2023 - 10:00
‘Datuk Wira’ didakwa tipu mangsa pelaburan hampir RM1b

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan menggunakan gelaran ‘Datuk Wira’ didakwa telah memperdaya ratusan mangsa dan mengaut hampir RM1 bilion dengan menawarkan pelaburan tidak wujud kepada warga tempatan dan pelabur asing.

Jurucakap sebuah sekretariat yang ditubuhkan sekumpulan mangsa penipuan itu, Shah Abdul Malek (gambar) mendakwa mangsa terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pegawai kerajaan, doktor dan orang awam terpedaya dengan janji manis ahli perniagaan yang mula menggunakan kedudukan dan pengaruhnya bagi tujuan penipuan itu sejak 16 tahun lepas.

“Tujuan sekretariat ini adalah bagi menghalang lebih ramai orang daripada terpedaya dengan penipuan itu dan mencari jalan bagi mendapatkan kembali wang mangsa,” katanya yang juga mangsa penipuan itu pada sidang media, di sini hari ini.

media RSS Media Unit