Datuk Wira ditahan kes pengubahan wang haram RM75 juta

Jul 3, 2025 - 14:11
Datuk Wira ditahan kes pengubahan wang haram RM75 juta
SPRM menahan seorang Datuk Wira bagi siasatan pengubahan wang haram RM75 juta berkait projek fiber.

PUTRAJAYA – Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk Wira ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan kes pengubahan wang haram bernilai kira-kira RM75 juta.

Lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang pada Rabu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Perintah reman selama empat hari sehingga 6 Julai terhadap suspek telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.

Menurut sumber, suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2012 bagi kelulusan pembiayaan pinjaman berjumlah RM400 juta untuk sebuah projek pembangunan rangkaian fiber.

media RSS Media Unit