Lelaki bergelar Datuk didakwa tipu ratusan pelabur bolot RM1 bilion

Nov 7, 2023 - 00:00
Lelaki bergelar Datuk didakwa tipu ratusan pelabur bolot RM1 bilion

Petaling Jaya: Seorang lelaki bergelar Datuk didakwa menipu ratusan pelabur sehingga meraih RM1 bilion hasil kegiatan penipuan pelaburan yang dilakukannya sejak beberapa tahun lalu.

Usahawan kosmetik, Shah Abdul Malek, 51, berkata, dia mengenali lelaki berkenaan sejak 2007 sebelum berminat untuk melabur dalam syarikat pinjaman wang serta koperasi yang dijalankan individu terbabit.

"Saya bukan saja melabur wang saya ke dalam syarikat itu, malah juga membawa masuk ramai pelabur terdiri daripada ahli keluarga serta rakan untuk turut serta dengan pelaburan dianggarkan berjumlah RM5 juta.

"Lelaki itu kemudian menjadikan saya sebagai rakan kongsi perniagaan syarikat pinjaman wang berlesen berkenaan meskipun saya tidak terbabit dalam operasi harian perniagaan itu," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

media RSS Media Unit