Lelaki bergelar ‘Datuk’ tipu ratusan pelabur, hasil penipuan cecah RM1bilion
PETALING JAYA – Seorang individu bergelar ‘Datuk’ didakwa mendalangi sindiket penipuan pelaburan membabitkan ratusan pelabur dengan hasil pelaburan mencecah RM1 bilion sejak beberapa tahun lalu.
Pengerusi Sekretariat Mangsa Penipuan Ranjeet (MAPER) Shah Abdul Malek berkata, lelaki terbabit dikenali sejak 2007 selepas diperkenalkan melalui seorang rakan dan tertarik dengan pelaburan yang ditawarkan oleh lelaki yang dikenali sebagai Datuk Wira itu.
Shah yang juga merupakan usahawan kosmetik kemudiannya membuat pelaburan tersebut sebelum dilantik sebagai penasihat di syarikat pinjaman wang berlesen milik lelaki tersebut tetapi tidak mencampuri urusan operasi harian.