Pelabur British dan Malaysia Dakwa Ditipu RM66 Juta

Oct 9, 2025 - 11:19
Pelabur British dan Malaysia Dakwa Ditipu RM66 Juta
Antara mangsa penipuan tampil ke hadapan dalam sidang media semalam, Dari Kiri Mohan Munisamy, Shah Abd Malek (chaiman MAPER) Lee Rodger Meiklejohn lee chee keong Ramaroa A A/L Appalanaidu

SIASATAN terhadap seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Wira’ masih diteruskan oleh pihak berkuasa susulan aduan yang dikemukakan oleh sekumpulan pelabur tempatan dan luar negara kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Seorang pelabur warga British bersama sepuluh pelabur Malaysia sebelum ini tampil membuat laporan mendakwa mereka ditipu lebih RM66 juta melalui satu skim pelaburan berunsur Ponzi melibatkan beberapa syarikat korporat yang beroperasi sejak 2018.

Menurut Pengerusi Sekretariat MaPeR, Shah Abdul Malek, skim berkenaan dipercayai telah menelan kerugian keseluruhan melebihi RM300 juta, dengan lebih 300 pelabur terjejas termasuk agensi kerajaan negeri dan pertubuhan kebajikan.

“Rangkaian penipuan ini mungkin mencecah hampir RM1 bilion. Ramai mangsa ditipu melalui ejen yang menyamar sebagai pegawai bank dan menjanjikan pulangan tinggi kononnya diluluskan Suruhanjaya Sekuriti,” katanya pada sidang media di Nu Sentral.

Siasatan SPRM setakat ini membawa kepada penyitaan aset bernilai RM620 juta termasuk rumah dan pegangan saham yang dikaitkan dengan Datuk Wira.

media RSS Media Unit