Skim Pelaburan Palsu Mangsa Scam Tampil Bekerjasama Bersama MaPeR
Pelabur warga British dan Malaysia buat laporan kepada SPRM terhadap seorang Datuk Wira berhubung pelbagai penipuan pelaburan saham. Pelabur warga British telah membuat laporan polis pada November 2023 dan kes masih dalam siasatan.
Seorang pelabur warga British bersama sepuluh pelabur dari Malaysia, telah mengemukakan aduan rasmi masing-masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa berlakunya satu skim pelaburan canggih yang menipu mereka lebih RM66 juta melalui skim penipuan yang didalangi oleh ahli perniagaan tersebut dan sindiketnya.
Pihak yang terkesan turut merancang untuk mendedahkan lebih banyak kegiatan penipuan melibatkan Beliau dan sindiketnya di samping menggesa mangsa-mangsa lain tampil bagi membantu membongkar sebarang kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh ahli perniagaan dan sindiket berkenaan.